MENGEJUTKAN, Diharamkan Membuat Binaan Yang Disemen / Plaster Di Atas Kubur, Begini Penjelasan Hukumnya Menurut Kitab Kuning Klasik - KitabKuning90 -->

MENGEJUTKAN, Diharamkan Membuat Binaan Yang Disemen / Plaster Di Atas Kubur, Begini Penjelasan Hukumnya Menurut Kitab Kuning Klasik


Kitabkuning90.blogspot.com
HIJRAH.COM- Hukum Membangun makam, dari kitab Fath Al-mu'in :
ﻭﻛﺮﻩ ﺑﻨﺎﺀ ﻟﻪ ﺃﻱ ﻟﻠﻘﺒﺮ ﺃﻭ ﻋﻠﻴﻪ ﻟﺼﺤﺔ ﺍﻟﻨﻬﻲ ﻋﻨﻪ ﺑﻼ ﺣﺎﺟﺔ ﻛﺨﻮﻑ ﻧﺒﺶ ﺃﻭ ﺣﻔﺮ ﺳﺒﻊ ﺃﻭ ﻫﺪﻡ ﺳﻴﻞ 
ﻭﻣﺤﻞ ﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻟﺒﻨﺎﺀ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﺑﻤﻠﻜﻪ ﻓﺈﻥ ﻛﺎﻥ ﺑﻨﺎﺀ ﻧﻔﺲ ﺍﻟﻘﺒﺮ ﺑﻐﻴﺮ ﺣﺎﺟﺔ ﻣﻤﺎ ﻣﺮ ﺃﻭ ﻧﺤﻮ ﻗﺒﺔ ﻋﻠﻴﻪ ﺑﻤﺴﺒﻠﺔ ﻭﻫﻲ ﻣﺎ ﺍﻋﺘﺎﺩ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺒﻠﺪ ﺍﻟﺪﻓﻦ ﻓﻴﻬﺎ ﻋﺮﻑ ﺃﺻﻠﻬﺎ ﻭﻣﺴﺒﻠﻬﺎ ﺃﻡ ﻻ ﺃﻭ ﻣﻮﻗﻮﻓﺔ ﺣﺮﻡ ﻭﻫﺪﻡ ﻭﺟﻮﺑﺎ ﻷﻧﻪ ﻳﺘﺄﺑﺪ ﺑﻌﺪ ﺍﻧﻤﺤﺎﻕ ﺍﻟﻤﻴﺖ ﻓﻔﻴﻪ ﺗﻀﻴﻴﻖ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﺑﻤﺎ ﻻ ﻏﺮﺽ ﻓﻴﻪ
Dan makruh membangun kuburan tanpa ada hajat misalnya takut dibongkar, atau takut dibongkar hewan buas atau takur rusak oleh banjir, karena telah shahih larangan itu. Makruhnya membangun ini jika ditanah milik sendiri, adapun jika membangun kubur ini tanpa ada hajat sebagai mana yang disebutkan , atau membangun kubah di kuburan yang disediakan umum yaitu yang biasanya penduduk kampung menguburkan disitu baik diketahui orang yang menyediakan makam tersebut ataupun tidak, atau membangun kuburan di pemakaman yang diwaqafkan maka haram hukumnya membuat bangunan di atas kubur tersebut dan wajib di bongkar karena bangunan sifatnya langgeng setelah hancurnya mayat dan ini bisa menjadikan sempit bagi muslimin lainnya tanpa ada tujuan kemaslahatan sama sekali.

Penjelasan dari kitab I'anah Al-Thalibin syarah Fath Al-mu'in:
ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺒﺠﻴﺮﻣﻲ : ﻭﺍﺳﺘﺜﻨﻰ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﻗﺒﻮﺭ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﻭﺍﻟﺸﻬﺪﺍﺀ ﻭﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ ﻭﻧﺤﻮﻫﻢ 
ﺑﺮﻣﺎﻭﻱ . ﻭﻋﺒﺎﺭﺓ ﺍﻟﺮﺣﻤﺎﻧﻲ 
ﻧﻌﻢ، ﻗﺒﻮﺭ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ ﻳﺠﻮﺯ ﺑﻨﺎﺅﻫﺎ ﻭﻟﻮ ﺑﻘﻴﺔ ﻹﺣﻴﺎﺀ ﺍﻟﺰﻳﺎﺭﺓ ﻭﺍﻟﺘﺒﺮﻙ . ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﻠﺒﻲ : ﻭﻟﻮ ﻓﻲ ﻣﺴﺒﻠﺔ، ﻭﺃﻓﺘﻰ ﺑﻪ، ﻭﻗﺪ ﺃﻣﺮ ﺑﻪ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻟﺰﻳﺎﺩﻱ ﻣﻊ ﻭﻻﻳﺘﻪ، ﻭﻛﻞ ﺫﻟﻚ ﻟﻢ ﻳﺮﺗﻀﻪ ﺷﻴﺨﻨﺎ ﺍﻟﺸﻮﺑﺮﻱ، ﻭﻗﺎﻝ : ﺍﻟﺤﻖ ﺧﻼﻓﻪ . ﻭﻗﺪ ﺃﻓﺘﻰ ﺍﻟﻌﺰ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﺑﻬﺪﻡ ﻣﺎ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﺮﺍﻓﺔ  ﺍﻩ 
Al bujairomi berkata : " sebagian ulama' mengecualikan quburan para nabi, para wali, orang yang mati syahid, orang-orang sholih dan semisal mereka. (maksudnya kalo kuburan mereka maka tidak makruh dibangun ). Ibarot dari ar rohmani adalah : " memang benar kuburan makruh dibangun,
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):

ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم
Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”
Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :

ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره )
Artinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”
Kitabkuning90.blogspot.com
As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:

أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة
Artinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan/disediakan.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):

قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك
Artinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”
di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:
 ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها
Artinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة) pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”

0 Response to "MENGEJUTKAN, Diharamkan Membuat Binaan Yang Disemen / Plaster Di Atas Kubur, Begini Penjelasan Hukumnya Menurut Kitab Kuning Klasik"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel